YAPEIM HOLDINGS

SDN BHD

YAPEIM Holdings merupakan syarikat pelaburan dan perniagaan strategik yang bernaung di bawah YAPEIM.

Profil YHSB

YAPEIM Holdings Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) pada 13 Oktober 2018 dengan matlamat untuk memperkukuhkan peranan YAPEIM dalam pembangunan ekonomi Islam di Malaysia. Penubuhan syarikat ini adalah sebahagian daripada inisiatif strategik YAPEIM untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mampan serta berasaskan prinsip syariah.

Sebagai entiti perniagaan yang berdaya saing, YAPEIM Holdings Sdn Bhd telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berfungsi sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi Islam melalui pelbagai sektor. YHSB mempunyai 2 anak syarikat yang beroperasi dalam pelbagai bidang strategik seperti pengurusan keselamatan, pengurusan penyelenggaraan, perdagangan emas, pengurusan pendigitalan, perniagaan francais, pengurusan takaful serta pengurusan hartanah.

Dengan kepimpinan yang berpengalaman dan pendekatan yang berteraskan nilai Islam, YAPEIM Holdings Sdn Bhd optimis untuk terus berkembang sebagai sebuah entiti perniagaan yang berintegriti, kompetitif, dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Aktiviti Utama YHSB

Penyelesaian Berkualiti, Berdaya Saing & Patuh Syariah untuk Keperluan Anda.

01. Pengurusan Keselamatan

Surveillance, Response & Technical (SRT) / Centralize Communication Monitoring Security System (CCMS)

02. Pengurusan Penyelenggaraan & Pengurusan Pembersihan

Pembersihan, Kawalan Serangga Perosak, Penyelenggaraan Penyaman Udara

03. Pengurusan Takaful

Takaful Emas / Pajak Gadai, Rumah Kediaman, Premis Perniagaan, Takaful Kemalangan Diri / Keluarga Berkelompok

04. Pengurusan Pendigitalan

Sistem Ar Rahnu, Akaun Emas Sery 2.0 dan Sistem Sokongan Lain

05. Pengurusan Hartanah

Pengurusan Hartanah & Pembinaan Rumah Mampu Milik

06.  Perniagaan Francais

Francais He & She Coffee diperkarangan masjid-masjid utama bawah seliaan JAKIM

Mengapa Kami Menjadi Pilihan

Kepercayaan Dibina Melalui Kualiti, Inovasi & Kepuasan Pelanggan.

Teknologi Terkini

Sokongan Pantas

Jaminan Kualiti

Pengalaman

Pasukan Kreatif

Inovasi Berterusan

Mesra Pelanggan

Harga Berpatutan

Soalan Lazim (F.A.Q)

Apakah peranan utama YAPEIM Holdings Sdn Bhd?

YAPEIM Holdings Sdn Bhd berperanan sebagai entiti perniagaan strategik di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang berasaskan prinsip syariah bagi menyokong pembangunan ekonomi Islam di Malaysia.

Apakah sektor utama yang diceburi oleh YAPEIM Holdings Sdn Bhd?

YAPEIM Holding Sdn Bhd terlibat dalam beberapa aktiviti perniagaan strategik seperti pengurusan keselamatan, pengurusan penyelenggaraan, perdagangan emas, pengurusan pendigitalan, perniagaan francais, pengurusan takaful serta pengurusan hartanah.

Adakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh YAPEIM Holdings Sdn Bhd patuh syariah?

Ya, semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh YAPEIM Holdings Sdn Bhd telah dirancang dan dikendalikan mengikut prinsip syariah untuk memastikan kepatuhan kepada nilai-nilai Islam.

Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan YAPEIM Holdings Sdn Bhd?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi laman web rasmi YAPEIM Holdings Sdn Bhd atau menghubungi pejabat pengurusan kami.

Apakah kelebihan YAPEIM Holdings Sdn Bhd berbanding syarikat lain?

YAPEIM Holdings Sdn Bhd mempunyai beberapa kelebihan utama, termasuk pasukan yang kreatif, penggunaan teknologi terkini, harga yang berpatutan, jaminan kualiti, serta perkhidmatan sokongan pelanggan yang pantas dan efisien.