LATAR BELAKANG
Pengenalan
YAPEIM Holdings Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) pada 19 Oktober 1994 dengan matlamat untuk memperkukuhkan peranan YAPEIM dalam pembangunan ekonomi Islam di Malaysia. Penubuhan syarikat ini adalah sebahagian daripada inisiatif strategik YAPEIM untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mampan serta berasaskan prinsip syariah.
Sebagai entiti perniagaan yang berdaya saing, YAPEIM Holdings Sdn Bhd telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berfungsi sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi Islam melalui pelbagai sektor. YHSB mempunyai 2 anak syarikat yang beroperasi dalam pelbagai bidang strategik seperti pengurusan keselamatan, pengurusan penyelenggaraan, perdagangan emas, pengurusan pendigitalan, perniagaan francais, pengurusan takaful serta pengurusan hartanah.
Dengan kepimpinan yang berpengalaman dan pendekatan yang berteraskan nilai Islam, YAPEIM Holdings Sdn Bhd optimis untuk terus berkembang sebagai sebuah entiti perniagaan yang berintegriti, kompetitif, dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
Visi
Menjadi institusi unggul dalam menerajui pembangunan ekonomi yang inklusif, mampan, dan berimpak tinggi demi kesejahteraan ummah.
Misi
Komited untuk memperkasa ekonomi ummah melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, efisien, dan berintegriti, serta berdaya saing dalam memenuhi keperluan masyarakat.
Lembaga Pengarah YHSB
Diterajui oleh Barisan Profesional Berpengalaman & Komited dalam Menjayakan Visi Syarikat.
Khairul Faiz bin Morat @ Abd Morat
Pengerusi
Dato' Kamel bin Mohamad
Ahli Lembaga Pengarah
Farina binti Farikhullah Khan
Ahli Lembaga Pengarah
Haji Zabidi bin Nasan
Ahli Lembaga Pengarah
Pengurusan
Irwan A. Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Norlela Abdul Malek
Ketua Seksyen Pengurusan Aset, Hartanah dan Keselamatan
Siti Azura Mohd Zaini
Ketua Seksyen Pengurusan Digital dan Francais
Farkhatun Mat Khamal
Ketua Seksyen Pengurusan Korporat
Nilai Utama
Yakin
Kepercayaan dan keyakinan dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan.
Prihatin
Sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap keperluan ummah serta masyarakat.
Efisyen
Menjalankan tugas dengan cekap, pantas, dan berkesan untuk hasil terbaik.
Integriti
Mengamalkan ketelusan, amanah, dan etika kerja tinggi dalam setiap urusan.
Maju
Sentiasa berkembang dan berinovasi demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan ummah.
Kerjasama
Memupuk semangat kolaborasi dan sinergi dalam mencapai visi dan misi bersama.



