Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS En Irwan A. Rahman telah berkesempatan bertemu dengan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sempena Majlis Pelancaran Tahun Infak YAPEIM 2026. Dalam pertemuan ringkas tetapi bermakna tersebut, beliau telah menerangkan secara padat mengenai bisnes teras YAPEIM HOLDINGS serta peranan strategiknya sebagai entiti sokongan kepada YAPEIM.


Beliau menjelaskan bahawa YAPEIM HOLDINGS berfungsi sebagai pemacu kelestarian melalui pembangunan perniagaan yang beretika dan mampan, dengan matlamat menyokong usaha YAPEIM dalam menyantuni masyarakat serta membantu memperkasa sosioekonomi umat Islam. Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan YAPEIM HOLDINGS untuk bergerak seiring dengan YAPEIM dalam menjayakan agenda kebajikan dan pembangunan ummah selaras dengan aspirasi Tahun Infak YAPEIM 2026.
