Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS Adakan Perbincangan Bersama Rakan Strategik Untuk Meluaskan Perniagaan Dalam Bidang Agro dan Penternakan

by | Oct 15, 2025 | Berita | 0 comments

Kuala Lumpur, 30 September 2025 (Selasa) – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM HOLDINGS, En. Irwan A. Rahman, baru-baru ini telah mengadakan sesi perbincangan bersama rakan strategik bagi merangka kerjasama dalam usaha memperluaskan perniagaan syarikat, khususnya dalam bidang Agro dan Penternakan.

Sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik dalam pertanian moden, teknologi agro, dan penternakan bersepadu yang mampu menjana hasil berkualiti tinggi, memenuhi permintaan pasaran tempatan serta meningkatkan sumbangan kepada sektor makanan negara.

Menurut En. Irwan A. Rahman, bidang Agro dan Penternakan kini menjadi antara fokus utama YAPEIM HOLDINGS dalam memperkukuh kepelbagaian portfolio perniagaan syarikat.

“Penyertaan YAPEIM HOLDINGS dalam sektor Agro dan Penternakan adalah langkah strategik untuk menyokong agenda keselamatan makanan negara selain membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada masyarakat. Kami yakin dengan kolaborasi pintar bersama rakan strategik, ia mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada syarikat, malah kepada ekonomi negara,” ujar beliau.

Inisiatif ini dijangka membuka jalan kepada pelaksanaan projek berskala besar melibatkan teknologi moden, sistem penternakan berdaya maju, serta pemerkasaan rantaian bekalan tempatan yang mampan.

Dengan langkah proaktif ini, YAPEIM HOLDINGS terus memperkukuh kedudukannya sebagai organisasi korporat progresif dan berdaya saing, seiring dengan aspirasi untuk memberi nilai tambah kepada masyarakat dan negara.